search here!!

Sunday, January 27, 2013

tabik PKNS!

Tahniah kepada Abdul Rahman Ibrahim dan anak buahnya yang sekali lagi berjaya menundukkan naib juara Liga Super 2012; Lion XII. Abdul Rahman seperti biasa cuba melindungi keupayaannya memahami taktikal pasukan Lion XII dengan menganggap pasukan dari negara jiran itu tidak bermain pada prestasi sebenar.

Beliau menganggap pasukan lawan telah memandang rendah kemampuan skuad berstatus kelab kendaliannya sekaligus memakan diri sendiri. Dua kali berturut-turut menang dalam perlawanan terakhir mereka, dan dua kali juga pada musim lepas menunjukkan mereka bukan menang kerana nasib.

Ini bermakna jurulatih berpengalaman ini telah berjaya mengenalpasti sedikit kelemahan pada Lion XII disebalik reputasi besar mereka dan pasti terus menghantui lawannya itu di masa hadapan!    

No comments:

Post a Comment