Sistem Penuaian Air Hujan atau 'Rainwater Harvesting System' menjadi satu kewajipan untuk mendapatkan kelulusan daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Membawa maksud setiap projek yang ingin dibangunkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur wajib menyediakan sistem ini dari segi lukisan, pengiraan dan pemasangan di tapak projek.
Atleast kita takde la biarkan air hujan tu begitu sahaja. Dalam sistem ni air hujan akan ditapis dan disimpan dalam tangki sebelum digunakan untuk tujuan seperti menyiram pokok bunga, cuci kereta, cuci baju, wc (tandas) dan lain-lain. Semestinya kita tak gunakan air ni untuk minum dan memasak sebab kaedah penapisan yang digunakan bukan la membunuh bakteria dan melibatkan pengklorinan.
So kaedah ni dalam jangka masa panjang boleh mengurangkan banjir kilat di Kuala Lumpur kerana air hujan di setiap bangunan di bandaraya ni takkan terus ke longkang sehingga melimpah ke jalan raya dan sebagainya. Fungsinya lebih kurang OSD Tank (On Site Detention Tank). Cuma lebih bermanfaat dan turut melibatkan rumah sesebuah berbanding OSD Tank yang hanya wajib untuk sebuah pembangunan yang besar sahaja.
Boleh dibahagikan kepada 3 jenis. 'Above ground system', 'underground system' dan kombinasi kedua-duanya. Bermakna kaedah penapisan dan jenis tangki adalah berbeza untuk atas dan bawah tanah. Terdapat satu set pengiraan untuk menentukan isipadu air hujan yang dikumpul, ditapis dan disimpan.
Sebagai designer dalam bidang ni, gua ada menyediakan servis untuk membuat lukisan bagi submission, shop drawing dan as-built drawing untuk menyetelkan urusan anda bagi mendapatkan kelulusan DBKL ni.
Sila poskan email anda di : inspirasi_fa@ymail.com
Saya sedia membantu anda.
No comments:
Post a Comment