search here!!
Monday, April 29, 2013
rainwater harvesting system (for DBKL submission)
Sistem Penuaian Air Hujan atau 'Rainwater Harvesting System' menjadi satu kewajipan untuk mendapatkan kelulusan daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Membawa maksud setiap projek yang ingin dibangunkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur wajib menyediakan sistem ini dari segi lukisan, pengiraan dan pemasangan di tapak projek.
Atleast kita takde la biarkan air hujan tu begitu sahaja. Dalam sistem ni air hujan akan ditapis dan disimpan dalam tangki sebelum digunakan untuk tujuan seperti menyiram pokok bunga, cuci kereta, cuci baju, wc (tandas) dan lain-lain. Semestinya kita tak gunakan air ni untuk minum dan memasak sebab kaedah penapisan yang digunakan bukan la membunuh bakteria dan melibatkan pengklorinan.
So kaedah ni dalam jangka masa panjang boleh mengurangkan banjir kilat di Kuala Lumpur kerana air hujan di setiap bangunan di bandaraya ni takkan terus ke longkang sehingga melimpah ke jalan raya dan sebagainya. Fungsinya lebih kurang OSD Tank (On Site Detention Tank). Cuma lebih bermanfaat dan turut melibatkan rumah sesebuah berbanding OSD Tank yang hanya wajib untuk sebuah pembangunan yang besar sahaja.
Boleh dibahagikan kepada 3 jenis. 'Above ground system', 'underground system' dan kombinasi kedua-duanya. Bermakna kaedah penapisan dan jenis tangki adalah berbeza untuk atas dan bawah tanah. Terdapat satu set pengiraan untuk menentukan isipadu air hujan yang dikumpul, ditapis dan disimpan.
Sebagai designer dalam bidang ni, gua ada menyediakan servis untuk membuat lukisan bagi submission, shop drawing dan as-built drawing untuk menyetelkan urusan anda bagi mendapatkan kelulusan DBKL ni.
Sila poskan email anda di : inspirasi_fa@ymail.com
Saya sedia membantu anda.

Monday, January 28, 2013
Peluang Fauzi Memikat Rajagopal
Senarai pemain yang mengalami kecederaan nampaknya begitu serius dan jelas kita tiada persiapan yang mantap. Tapi inilah tugas jurulatih sebenarnya. Bukan sekadar menyiapkan senarai pemain, tetapi sebenarnya mencongak strategi bagi menghadapi situasi tidak diduga.
Bukan sesuatu yang mudah. Namun jika seseorang jurulatih mempunyai daya kepimpinan yang tinggi pasti situasi sebegini masih boleh dihadapi dengan tenang. Ketua jurulatih tidak bekerja sendiri. Tiba masanya beliau harus menggerakkan seluruh tenaga kerja kejurulatihan untuk memainkan peranan tersendiri.
Dengan lima perlawanan Liga Super yang telah berlangsung, Rajagopal harus memberi kepercayaan kepada scouting staff untuk menyenarai pemain-pemain paling konsisten dalam liga super. Setiap kelab dan pasukan pasti mempunyai pemain paling menyerlah dan harus diigat, ia berkait rapat dengan corak permainan dalam pasukan mereka.
Dalam isu memilih penyerang yang akan mewakili negara bagi aksi di Doha nanti, pemain seperti Mohd Fauzi Roslan paling layak untuk diberi peluang untuk membuat penampilan pertama. Beliau mempunyai naluri pemusnah yang tinggi kerana tidak teragak-agak melepaskan rembatan meski dalam ruang yang sedikit. Beliau sangat rajin di atas padang dan mempunyai kreativiti tersendiri dalam merencanakan peluang buat rakan sepasukan yang lain.
Cara terbaik menguatkan pasukan kebangsaan buat masa ini adalah dengan memilih beberapa lagi tonggak pasukan Pahang untuk membantu Fauzi bermain dengan gaya kegemarannya. Keserasian adalah perkara utama dalam setiap pasukan bola sepak di dunia.
Dalam erti kata lain, Dato Raja Gopal sekali lagi harus bereksperimen dalam perlawanan penting. Tiada ruginya memberi peluang kepada pemain yang telah menunjukkan semangat juang yang tinggi dalam aksi liga tempatan.
Sunday, January 27, 2013
tabik PKNS!
Tahniah kepada Abdul Rahman Ibrahim dan anak buahnya yang sekali lagi berjaya menundukkan naib juara Liga Super 2012; Lion XII. Abdul Rahman seperti biasa cuba melindungi keupayaannya memahami taktikal pasukan Lion XII dengan menganggap pasukan dari negara jiran itu tidak bermain pada prestasi sebenar.
Beliau menganggap pasukan lawan telah memandang rendah kemampuan skuad berstatus kelab kendaliannya sekaligus memakan diri sendiri. Dua kali berturut-turut menang dalam perlawanan terakhir mereka, dan dua kali juga pada musim lepas menunjukkan mereka bukan menang kerana nasib.
Ini bermakna jurulatih berpengalaman ini telah berjaya mengenalpasti sedikit kelemahan pada Lion XII disebalik reputasi besar mereka dan pasti terus menghantui lawannya itu di masa hadapan!

Subscribe to:
Comments (Atom)